PERMULAAN MEMASAK.
Wednesday, July 26, 2017
MARI MEMASAK
Hai semua.
Konsep penulisan ini ialah "santai" jadi baca lah dengan keadaan yang santai or chill.
Mungkin kebanyakan dari kita nak masak tapi tidak tahu macam mana nak mulakan,jadi mari lah saya terangkan ,dan ia adalah dari pengalaman saya.
Harap gembira dengan ilmu yang akan disampaikan.
First step :Lihat dan teliti masakan orang lain.
example is setiap kali masakan yang mak aku nak masak macam Masak lemak cili api, aku akan intai and tanya mak aku.. "mak ini kena letak apa ek untuk sedap?' "mak macam mana mak masak ni?" aku akan tanya soalan yang aku nak jawapan lah. Senang kata kena rajin ke dapur lah,tolonglah orang dapur masak tak akan nak jadi tukang makan sahaja.
Tapi memang lah cuba korang perhatikan budak2 yang baru kecil , first yang dia belajar melalui penglihatan dia,apa yang kita buat dia akan ikut..
Second step : Lakukan.
Bila kau dan ada pengetahuan wlaupun sedikit lakukan sahaja.
Walaupun belajar goreng telur, macam mana nak masak telur ni jangan bagi hangit dan bulat.
Yang aku ingat first masakan yang aku masak adalah telur goreng pada usia 6 tahun masa tu sekolah tabika dan aku minta permission dekat mak aku"mak boleh tak kita masak telur"? and my mom said yes. Aku pun bedal je lah. mana ada jadi bulat pun..hahahaha
Senang cerita kau buat sahaja. Dari ilmu yang kau ada,bukan bermaksud kau baru tahu
sedikit dah terus buat chicken chop,like bukan maksud tak boleh cuma kalau dah mula2 kau buat yang susah ,kau akan rasa ia bebanan dan kau tak nak teruskan lagi,mulalah dengan perlahan..lama2 ia akan menyeronokkan.. Macam buku yang aku baca dia tulis "tidak perlu pun kau kumpul terlampau banyak ilmu,untuk kau betul2 bersedia lakukan...just do it, dan dalam kita lakukan mesti akan kesalahan dari situ lah kita belajar perbaiki..
Kalau nak tunggu sedia tu memang punah lah harap korang nya,sebab yang penting kena ada pengalaman.
Third step: Rajin-rajin tengok resepi.
Lepas kau dah lakukan dan ada basic dalam memasak , kau boleh senang faham apa yang tertulis dalam resepi itu, macam mana nak masak lemak cili api.. kau mesti atau mungkin dan dapat anggarkan macam mana nak buat ni,itu dan lain.
Kebanyakan mereka yang baru nak cuba memasak dorang tengok resepi dahulu baru lah start masak untuk pertama kali,sebenarnya itu menyukarkan. Sebab kau akan berfikir terlampau banyak perkara yang remeh,sampai hilang fokus.
Last step: Teruskan mencuba dan jangan putus asa.
Lakukan dan jangan sesekali putus asa,bagi aku memasak bukan lah satu kerumitan yang patut ditakuti oleh seseorang wanita or lelaki,. Setiap sesuatu yang kita lakukan pasti ada halangan dan cabaran.
Tipu lah kalau apa selama ni aku lakukan dalam pelbagai aspek tiada halangan kan? Pasti ada..
Jangan takut sangat lah..JUST KEEP MOVING.
"ITS OKAY TO FEEL UNSURE AND LOST,ITS PART OF THE JOURNEY. DONT AVOID IT"
*penulisan ini adalah dari segi pandangan peribadi dan pengalaman,harap dapat membantu anda"
#thek27
Subscribe to:
Posts (Atom)